Kenapa dikatankan produk Shaklee ini unik?? Di sini saya nak kongsikan keunikan produk Shaklee. Seperti yang biasa kita dengar setiap vitamin Shaklee dicipta dengan sokongan ujian klinikal yang bukan sedikit..tetapi beratus ujian supaya ia sentiasa berkesan. Salah satu ujian tersebut adalah ujian pemecahan supaya vitamin dilepaskan di tempat yang sepatutnya mengikut fitrah.
Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza. Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:
Sistem penghadaman manusia |
Pil vitamin Shaklee yang terbukti mempunyai bioavailabiliti yang tinggi (kadar penyerapan yang tinggi) telah diperbuat dengan coating atau ‘kulit’ yang bertindak mengawal nutrien-nutrien di dalamnya untuk ‘dilepaskan’ pada tempat yang sepatutnya, seperti dalam rajah di bawah misalnya:
Penyerapan vitamin shaklee |
Untuk penyerapan yang lebih maksimum, adalah lebih baik beberapa vitamin diambil pada masa yang berbeza, contohnya pil yang mengandungi zat besi (Vita-Lea) dengan Kalsium (Ostematrix) kerana bukan saja kedua-duanya diserap di tempat yang sama, tapi juga kerana zat besi dan kalsium cenderung untuk ‘bind’ bersama-sama dan boleh menjadikan penyerapan kedua-dua nutrien ini terganggu.
Jadi, adakah vitamin ini tidak boleh diambil bersama-sama? Boleh, tiada masalah, cuma lebih baik diambil pada masa yang berbeza, ini kerana selain nutrien ini berpotensi untuk menghalang penyerapan antara satu sama lain, tubuh kita juga mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap nutrien. Malah, lebih baik vitamin larut lemak (ADEK) diambil selepas makan makanan berlemak/berminyak, dan vitamin larut air (B dan C) diambil bersama-sama.